Rancang Masa Depan Kewangan Anda Dengan Keyakinan Syariah
Bimbingan perancangan kewangan holistik berlandaskan prinsip Syariah – merangkumi aliran tunai, pelaburan, takaful, persaraan dan perwarisan – untuk kestabilan dan kesejahteraan kewangan anda sekeluarga.
Cerita Kami
Perjalanan TSI Syariah bermula daripada keprihatinan pengasasnya, Ismail Hassanuddin, yang melihat ramai individu dan keluarga bergelut untuk mengurus kewangan dengan cara yang betul serta patuh Syariah.
Berbekalkan semangat untuk membantu masyarakat merancang masa depan kewangan dengan lebih teratur dan selamat, beliau menubuhkan TSI Syariah sebagai platform untuk memberi bimbingan yang mudah difahami, praktikal, dan berlandaskan hukum Islam.
Hari ini, TSI Syariah terus komited menjadi rakan kepercayaan pelanggan dalam merancang aliran tunai, perlindungan takaful, pelaburan, persaraan, dan pengurusan harta pusaka – agar setiap langkah menuju kestabilan kewangan disertai keberkatan dan keyakinan.
Perkidmatan Kami
Di TSI Syariah, kami membantu individu, keluarga dan usahawan merancang kewangan dengan lebih teratur, selamat dan patuh Syariah. Perkhidmatan kami meliputi pengurusan aliran tunai untuk mengawal pendapatan dan perbelanjaan, pelaburan patuh Syariah bagi mengembangkan simpanan dengan risiko terkawal, serta perlindungan takaful untuk menghadapi kecemasan kewangan. Kami juga menyediakan perancangan persaraan agar anda lebih bersedia untuk masa depan dan khidmat perwarisan serta hibah supaya harta dapat diagih dengan lancar mengikut hukum Syariah. Setiap perkhidmatan direka untuk memberi penyelesaian kewangan yang holistik demi kestabilan dan ketenangan anda sekeluarga.
Kenapa Pilih Kami?
1.0 Amanah
Mengutamakan integriti dan ketelusan dalam setiap perancangan kewangan.
2.0 Syariah Compliance
Menyediakan solusi kewangan yang selaras dengan prinsip Islam.
3.0 Ilmiah & Profesional
Berpandukan ilmu kewangan terkini dan piawaian profesional.
4.0 Holistic Approach
Merangkumi aspek cashflow, takaful, pelaburan, persaraan dan perwarisan.
5.0 Empathy
Memahami keperluan unik setiap klien dan membimbing mereka ke arah masa depan yang lebih terjamin.
6.0 Sustainability
Membangun perancangan kewangan yang lestari untuk generasi kini dan akan datang.